Senin, 31 Oktober 2011

EKONOMI ISLAM

HAKIKAT BEREKONOMI DLM ISLAM

Krisis berpanjangan yang melanda dunia khususnya dalam bidang ekonomi, sebenarnya adalah hukuman Tuhan terhadap umat manusia. Sudah sekian lamanya umat manusia yang memegang ekonomi dunia ini dengan rakusnya membolot anugerah Allah untuk kepentingan diri dan kelompak masing-masing tanpa menghiraukan nasib yang menimpa golongan yang lemah.
Mereka melakukan penindasan dan penganiayaan melalui sistem sistem ekonomi yang mereka cipta sendiri sehingga berlakulah berbagai-bagai kerusakkan di atas muka bumi ini.
Ternyata sistem yang dicipta oleh otak manusia samada ianya kapitalis, sosialis, komunis dan sebagainya tidak mampu memberi kebahagian hidup kepada manusia sejagat.

Sistem ekonomi dunia hari ini hendaklah dibongkar hingga ke akar umbinya dan tempatnya diganti dengan satu sistem yang benar-benar baru tetapi telah terbukti keberhasilan membentuk masyarakat yang harmoni. Itulah dia sistem ekonomi Islam yang telah dibuktikan dalam kehidupan masyarakat di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Hakikat Ekonomi Islam

Dalam Islam hakikat ekonomi adalah untuk dapat kita merasakan bahawa segala harta benda termasuk segala hal lain yang ada hubungannya dengan ekonomi adalah kepunyaan Allah samata-mata, bukan kepunyaan kita.
Kita hanya diamanahkan oleh Allah supaya kita dapat mengendalikan dengan sebaik-baiknya. Itulah hakikat ekonomi Islam.

Dengan demikian ekonomi yang diwujudkan di dunia ini adalah ekonomi akhirat dengan tujuan untuk membina iman dalam diri kita. Ekonomi untuk menginsafkan kita sebagai hamba Allah.
Kalau kita berekonomi bukan untuk Allah, bukan untuk Akhirat maka akan terjadilah krisis, akan terjadilah kekacauan, perpecahan dan permusuhan. Akan berlakulah berbagai-bagai bencana dalam kehidupan manusia akibat daripada berekonomi sermata-mata untuk membangunkan dunia.

Oleh kerana itu kalau kita beroleh banyak keuntungan hendaklah banyak pula kita berkorban. Semakin banyak untung semakin banyak pula pengorbanan maka akan bertambahlah pula pahala dan semakin hampir diri kita dengan Tuhan yang Maha Pemurah.
Kerana Tuhan yang Maha Pemurah itulah sebenarnya yang memberi kita keuntungan dalam berekonomi. Sekalipun ekonomi kita rugi, yang penting dapat tingkatkan iman dan semakin hampir dengan Allah kerana hakikatnya yang mengizinkan kita mengalami kerugian adalah Allah jua.

Maka peranan ekonomi sebenarnya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Walaupun rugi pada pandangan Allah tidak rugi, sebaliknaya Allah akan memberi pahala yang besar. Itulah yang dikatakan perniagaan Akhirat.

Tujuan Ekonomi Islam

Tujuan ekonomi Islam sangat jauh berbeza dengan sistem ekonomi lain. Islam memandang ekonomi sebagai salah satu aspek perjuangan untuk menegakkan agama Tuhan.

Tujuan-tujuan ekonomi Islam adalah seperti berikut:-
1.             Melahirkan kehidupan Islam dalam bidang ekonomi.
2.             Menjadikan kita memiliki harta yang dengannya dapat menjalankan ibadah seperti zakat.
3.             Memberikan khidmat kepada masyarakat.
4.             Untuk menghindarkan dosa bersama, sebab sebahagian daripada ekonomi itu adalah fardhu Kifayah. Ekonomi fardhu kifayah kalau tidak dibangunkan maka semua umat Islam di tempat tersebut akan jatuh berdosa.
5.             Untuk dapat berdikari sehingga tidak bergantung kepada pihak lain. Dengan demikian dapat hidup merdeka dengan tidak diatur oleh pihak lain.
6.             Untuk memenafaatkan sumber semulajadi dan hasil bumi supaya tidak membazir dan berlaku pemborosan.
7.             Menghidarkan supaya bahan-bahan mentah tidak terjatuh ke tangan orang yang derhaka kepada Tuhan yang pada akhirnya akan menyalahgunakan nikmat-nikmat itu.
8.             Membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan mengatasi masalah pengganguran.
9.             Untuk mensyukuri nikmat Tuhan.
10.      Untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya kepada manusia melalui ekonomi.
Inilah tujuan ekonomi Islam. Kesepuluh perkara ini hendaklah ditanam betul-betul dalam dalam fikiran dan hati barulah boleh ekonomi Islam dilaksanakan. Tanpa kesepuluh tujuan ini maka kita akan berhadapan dengan satu perkara yang amat merbahaya. Kita akan berhadapan dengan jurang kehancuran dan jurang api neraka. Tetapi kalau kesepuluh perkara ini benar-benar kita hayati dapatlah kita terus melangkah membina perjungan Islam melalui ekonomi. Allah akan pimpin kita sampai kepada tujuan murni kita dan mendapat keredhoan Tuhan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar